Followers
Friday, November 20, 2009
MUHYIDIN DAN KOMANDAN KEM 1 MALAYSIA DISAMAN RM105 JUTA
IPOH, 20 Nov: 10 pihak termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang disaman RM105 sebagai gantirugi berikutan kematian tiga kanak-kanak selepas mereka jatuh dan hanyut berikutan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.
Selain kedua-duanya, turut disaman adalah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, gurubesar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang, penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise dan kerajaan Malaysia.
Tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi itu di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Jambatan gantung yang runtuh dalam tragedi Kuala Dipang yang mengorbankan tiga pelajar sekolah)
K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan, bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati akibat kejadian di pusat tersebut yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang..Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Coi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Ipoh pagi tadi.
Selain menuntut gantirugi am sebanyak RM35 juta setiap seorang, mereka masing-masing menuntut RM19,120 bagi gantirugi khas, RM100,000 bagi gantirugi teladan, faedah 8 peratus bagi jumlah penghakiman dari tarikh kematian hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos guaman dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Plaintif mendakwa, pada masa kejadian, kawasan itu dipercayai gelap gelita, tidak ada lampu besar yang dipasang untuk keselamatan murid-murid, dan ini menunjukkan kecuaian kerana dengan adanya lampu besar, kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai boleh dilihat dengan jelas serta mempunyai peluang yang lebih baik untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan.
Mereka juga mendakwa tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan oleh pihak penganjur yang mana sepatutnya penggunaan jambatan perlu diawasi, dengan menentukan kapasiti iaitu bilangan murid yang boleh menggunakan pada satu-satu masa.
Mereka juga mendakwa murid-murid tidak dilengkapi jaket keselamatan ketika menyeberangi sungai, guru-guru didapati tidak terlatih untuk mengendalikan kem seperti itu serta tiada doktor atau pegawai perubatan ditempatkan untuk keselamatan peserta kem tersebut.
Plaintif juga mendakwa jambatan gantung tersebut tidak diperiksa oleh Majlis Daerah Kampar dan Jabatan Kerja Raya Perak bagi memastikan ciri-ciri keselamatan telah dipatuhi.
Mereka juga mendakwa kematian anak-anak mereka amat menyedihkan dan telah mengancam ketenteraman mereka dan keluarga selain masih mengalami dan menanggung kehilangan dan kerugian.
Labels:
LEBEL 1 MALAYSIA
Tuesday, November 3, 2009
Sepasang Kaloi "Berkhalwat" Ditangkap
Sila klik gambar untuk besar
Sila klik gambar untuk besar
Sola klik gambar untuk besar
Ini Buktinya Kaloi ditangkap oleh mereka yang geram terhadapnya. Amboi besarnya... Boleh tahan jugeee...
Sila klik gambar untuk besar
Sola klik gambar untuk besar
Ini Buktinya Kaloi ditangkap oleh mereka yang geram terhadapnya. Amboi besarnya... Boleh tahan jugeee...
Labels:
Ikan Kaloi
Sunday, November 1, 2009
IKAN ROHU(ARA-ARA) LA PULA KALI INI
Ini ana punya zaujah punya kawan Pn Zura dia tukang buka ikan sahaja. bukan memang pandai
Ini ana punya Zaujah sedang mancing, pancing dah dapat ikan tu, sedang penaik ikan
Tadi kami pergi mancing jam5.30 petang, jam 6.30 balek le. Dapat 1 ekor dah cukup. Ana tak dapat ikan hari ini
Ini ana punya Zaujah sedang mancing, pancing dah dapat ikan tu, sedang penaik ikan
Tadi kami pergi mancing jam5.30 petang, jam 6.30 balek le. Dapat 1 ekor dah cukup. Ana tak dapat ikan hari ini
Labels:
Ikan rohu
BULAN MENGAMBANG LAMBANG PAS JAM 10.30 mlm tadi di kuantan
Sila klik untuk dibesarkan(klik)
Allah hu Akbar, Maha besar Allah telah menunjukan kepada kita rakyat malaysia bahawa Islam Pasti akan berdiri megah jika kita pejuang islam terus berjuang akan menegakan agama allah. Kita lihat gambar tersebut, kejadian ke Kuantan Pahang jam 10.30 malam tadi dimana bulan telah mengambang melambangkan lambang Parti Islam Semalaysia(PAS).
Allah hu Akbar, Maha besar Allah telah menunjukan kepada kita rakyat malaysia bahawa Islam Pasti akan berdiri megah jika kita pejuang islam terus berjuang akan menegakan agama allah. Kita lihat gambar tersebut, kejadian ke Kuantan Pahang jam 10.30 malam tadi dimana bulan telah mengambang melambangkan lambang Parti Islam Semalaysia(PAS).
Sesuai dengan firman Allah:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.' (Al-Maaidah :8
Labels:
TAZKIRAH
Subscribe to:
Posts (Atom)