Followers

Saturday, July 16, 2011

Derita Budya Darat


MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut ‘kesucian’, sejak dua tahun lalu.

Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama.

Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat ‘menuntut pembelaan’.

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, manakala dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.


Bagaimanapun, kejantanan lelaki terbabit tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.

myMetro

Sunday, July 10, 2011

Hospital kena tembakan gas pemedih mata, meriam air - Malaysiakini


Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, kata dua kakitangannya, bagi menyuraikan peserta perarakan BERSIH semalam.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans
berkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali.

Tambahnya tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital, tetapi terkena bangunan yang terletak dalam kawasan hospital berkenaan.

Seorang lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang terletak di sebelah bangunan utama.

Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil bersebelahan Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap, katanya ketika ditemubual Malaysiakini.

polis nafi

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageBagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada
orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital tersebut.

Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut.

Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut.

NONEKatanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi
mereka berkelakuan baik tanpa membuat bising atau merosakkan apa-apa.

"Berlaku beberapa keadaan huru-hara apabila pihak polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata. Mereka bersembunyi di dalam hospital, dan menunggu diam-diam sehingga gas tersebut hilang," tambahnya.

Salah seorang pemandu ambulans hospital itu juga berkata orang ramai berkelakuan baik di hadapan hospital itu, tetapi ramai yang bergegas ke tandas untuk mencuci muka mereka untuk mengurangkan kesakitan terkena gas pemedih mata.

Katanya, hospital tidak mengalami apa-apa kerugian dan insiden itu juga tidak menjejaskan pesakit di situ.

Jahilliah Moden di Malaysia -- Bayi depan tadika


SENTUL: Seorang pesara tentera yang dalam perjalanan pulang daripada menunaikan solat Subuh di surau berdekatan rumahnya di Taman Setapak, dekat sini, terkejut apabila dimaklumkan seorang lelaki tidak dikenali mengenai penemuan bayi di depan sebuah tadika di taman berkenaan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, lelaki berusia 50-an itu ingin pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat Subuh di surau berdekatan sebelum terserempak lelaki tidak dikenalinya dan memberitahu perkara itu.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, pesara tentera itu bergegas ke tadika berkenaan dan menjumpai bayi terbabit yang diletakkan di dalam beg plastik dan berkeadaan baik.

“Lelaki itu membawa bayi terbabit ke Balai Polis Danau Kota dan membuat laporan,” katanya.


Menurutnya, bayi lelaki yang ditemui dibalut dengan tuala sebelum diletakkan dalam plastik itu dipercayai baru dilahirkan. Polis membawa bayi itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.


“Walau terdapat banyak kesan gigitan nyamuk di mukanya, pihak hospital bagaimanapun mengesahkan bayi itu sihat.

“Bayi itu kini diletakkan dalam jagaan HKL,” katanya.

myMetro

ARTICLE SEBELUM INI