Followers

Monday, August 23, 2010

Umno-BN Tabur Fitnah Tidak Kira Ramadhan Atau Tidak

SHAH ALAM 24 Ogos - Jentera propaganda Umno-Barisan Nasional bekerja lebih masa setiap hari menghambur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat namun malangnya segala taktik kotor mereka telah lama dihidu dan disedari rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Umno-BN tidak ada lagi pilihan melainkan menabur fitnah secara berterusan hatta dalam bulan Ramadhan yang mulia sekali pun.

Ini terbukti apabila pihak tertentu menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan akan menghadiri majlis bagi mengedar bir percuma di sebuah kafe selepas solat Tarawikh Sabtu lalu.

Beliau berkata ini menunjukkan betapa Umno-BN amat terdesak untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor, walaupun pada bulan Ramadhan.

"Saya cukup terkejut apabila mendapat panggilan daripada wartawan Sinar Harian petang Sabtu bertanyakan samada saya akan hadir ke Asia Cafe untuk membuat kunjungan muhibbah dan seterusnyamengedarkan bir kepada tetamu. Malah Hannah Yeoh (Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya) menalipon saya memberitahu SB (anggota polis Cawangan Khas) menghubungi beliau bertanya samada saya akan hadir ke majlis itu.

"Ini jelas satu fitnah telah disebarkan oleh pihak tertentu terhadap saya, malahan saya tidak tahu pun di mana Asia Cafe ini," tegas Khalid.

Kata beliau, tindakan ini adalah satu petanda Umno-BN telah kehilangan idea untuk menentang Pakatan Rakyat di Selangor secara intelektual dan terpaksa menggunakan taktik jijik seperti ini.

"Umno-BN sedar rakyat semakin menolak mereka kerana salahguna kuasa, penyelewengan dan amalan rasuah. Jadi mereka tidak berani untuk mengatakan mereka lebih baik daripda Pakatan Rakyat tetapi cuba nak pengaruhi rakyat dengan memfitnah Pakatan Rakyat pun sama teruk seperti mereka.

"Masyarakat sudah sedar bahawa Umno-BN sakit dengan isu rasuah dan sebagainya, maka tindakan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan bagi mereka di mata rakyat," ujar beliau.

Menyentuh mengenai kerjasama erat PAS-DAP, Khalid berkata satu ketika dahulu Umno-BN mengutuk dan mengatakan tidak mungkin kedua parti itu dapat bekerjasama tetapi sangkaan mereka terbukti salah apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditubuhkan atas gabungan KEADILAN, PAS dan DAP.

"Umno-BN sudah keliru dengan matlamat mereka di Selangor. Ada ketikanya mereka mengutuk DAP kerana mahukan undi Melayu tetapi pada masa yang sama mengutuk PAS kerana mahukan undi kaum Cina. Tindakan bercelaru begini jelas petanda Umno-BN akan terpaksa menghadapi tentangan yang jauh lebih hebat pada pilihan raya umum ke-13 nanti," kata beliau lagi.

Suara keadilan

Seks dalam kereta

SEORANG  pelacur menunggu pelanggan di pekarangan Stadium Darulaman.
SEORANG pelacur menunggu pelanggan di pekarangan Stadium Darulaman.
ALOR SETAR: Kehadiran Ramadan yang mulia ini seolah-olah tidak membawa sebarang makna bagi pelacur dan pondan serta pelanggan mereka yang kebanyakannya beragama Islam apabila tidak segan silu melakukan tawar menawar di lokasi baru mereka di perkarangan Stadium Darulaman, di sini.

Pelacur dan pondan terbabit dipercayai baru menjadikan pekarangan stadium itu sebagai `port' mereka berikutan kawasan lama di sekitar Stesen Keretapi Alor Setar kini dibangunkan untuk projek landasan elektrik berkembar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB Tinjauan Berita Harian mendapati mereka memulakan operasi jam 11 malam hingga jam 4 pagi. Mereka juga dikatakan mengambil kesempatan daripada pelanggan yang datang ke perkarangan stadium di situ untuk membeli belah di bazar lewat pagi `uptown' di situ.

Tinjauan Berita Harian mendapati mereka memulakan operasi jam 11 malam hingga jam 4 pagi. Mereka juga dikatakan mengambil kesempatan daripada pelanggan yang datang ke perkarangan stadium di situ untuk membeli belah di bazar lewat pagi `uptown' di situ. Tinjauan malam kelmarin juga mendapati kira-kira 20 pelacur dan pondan berusia antara 20-an hingga 40-an berlegar di situ mencari pelanggan yang kebanyakannya datang dengan kereta dan motosikal.

Apa yang dikesalkan mereka kebanyakannya beragama Islam itu sedikit pun tidak rasa bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di bulan yang mulia ini, termasuk pelanggan mereka yang ketagih seks dan tidak dapat membendung gelodak nafsu serakah, walaupun di bulan puasa ini.

Pelacur dan pondan yang berpakaian menjolok mata itu dilihat menunggu di kawasan yang agak gelap di situ dan akan melakukan tawar menawar apabila ada pelanggan sama ada berkereta atau bermotosikal datang.

Sebahagian mereka bertindak berani apabila dipercayai melakukan seks oral di dalam kereta pelanggan tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang di situ, selain ada yang dibawa pelanggan menaiki kenderaan ke lokasi tertentu dipercayai untuk melakukan hubungan seks.
Mereka mungkin menuju ke kawasan sunyi dan gelap di sekitarnya untuk melampiaskan nafsu serakah di dalam kereta kerana kebanyakan kenderaan terbabit dilihat membawa pelacur atau pondan terbabit tidak lama, sebelum menghantarnya semula ke situ.

Difahamkan, pelacur dan pondan terbabit mengenakan harga antara RM20 dan RM40 untuk sekali perkhidmatan, manakala untuk seks oral pula bayarannya boleh dibincang.

Seorang pengunjung, Ahmad Shafie, 54, berkata dia tidak menyangka ada kegiatan pelacuran di perkarangan stadium itu kerana ia adalah lokasi tumpuan ramai, terutama dengan adanya bazar lewat pagi dan gerai menjual pakaian untuk Aidilfitri ini.

"Saya datang bersama keluarga untuk membeli-belah sempena Aidilfitri dan terkejut apabila mendapati sekumpulan wanita dan pondan berpakaian menjolok mata berlegar di tempat letak kereta di situ, katanya.

Seorang peniaga makanan di situ, Ismail Hanafi, 35, berkata, sebelum ini bilangan pelacur dan pondan yang mencari makan di situ tidak ramai, tetapi sejak Ramadan ini jumlahnya meningkat dipercayai berikutan kehadiran ramai pengunjung di bazar lewat pagi di situ.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Khairudin Zin ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai gejala yang menjijikkan itu dan akan mengadakan operasi membanteras kegiatan tidak bermoral itu.


ARTICLE SEBELUM INI