Followers

Saturday, October 24, 2009

TAWADHUK


Petua untuk melepaskan diri daripada bahaya takabur ialah:


1) Jika anda menemui orang jahil dan orang fasik, maka katakanlah (beritahu) pada diri anda sendiri iaitu: "Orang itu melakukan dosa kerana dia jahil, padahal aku ada ilmu kerana hajat Allah Ta'ala yang begitu tinggi terhadap diriku, tergamak melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa orang itu lebih baik (mulia) daripada aku."


2) Sekiranya anda ternampak kanak-kanak, maka katakanlah dalam hati anda iaitu: "Kanak-kanak ini kalau melakukan dosa tidak diseksa Allah Ta'ala. Tetapi, kalau aku melakukan dosa, diseksa Allah Ta'ala. Maka tidak syak lagi bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada aku."


3) Jika anda menemui orang alim, maka anda katakan dalam hati anda iaitu: "Orang ini dikurniakan Allah Ta'ala ilmu, sedangkan aku tidak dikurniakan sepertinya. Maka tidak syak lagi bahawa orang alim lebih mulia daripada aku. Sepatutnya aku bersopan santun dihadapannya (merendah diri)."


4) Sekiranya anda menemui orang tua, maka katakanlah dalam hati anda iaitu: "Orang ini lebih tua daripadaku, tentu ilmunya pun banyak daripadaku kerana dia banyak melihat dan mendengar. Maka tidak syak lagi bahawa orang tua ini lebih mulia daripada aku."


5) Kalau anda ternampak semua binatang, maka dalam hati anda katakan iaitu: "Binatang ini tidak berdosa, tidak diseksa Allah Ta'ala. Sedang aku diseksa Allah Ta'ala kerana melakukan dosa. Maka tidak syak lagi bahawa binatang ini lebih mulia daripada aku."
Keitika itu juga anda akan tahu dan sedar bahawa diri anda itu tidak memilki kemuliaan walau sezarah pun iaitu selepas anda merenung diri anda. Bahkan diri anda itu amat hina, serba kekurangan, bebal dan jahil daripada orang lain walaupun anda memiliki martabat yang tinggi, keturunan yang mulia, sangat alim dan bijak daripada orang lain(SETERUSNYA DISINI)

Friday, October 23, 2009

HARI INI TEMAN DAPAT IKAN PATIN LE PULAK

Petang tadi tepat jam 5.30 petang teman pergi memancing bersama zaujah teman. Teman dapat ikan Patin se ekor aje hari ini.


Yang pegang ikan ini, bukan anak teman. Ini akan sahabat teman. Naik lonyor ikan dikerjakannya.




Sunday, October 18, 2009

TAZKIRAH MINGGU INI


سورت كڤد راج-راج


سلڤس ڤولڠ دري هوبايديه ڤد اخير تاهون انم هجرة دان جامينن كامانن تله دبري اوليه قواريسي، رسوللوله صلى الله عليه وسلم مولا منوليس سورت كڤد ڤارا راج نڬري مڽرو مريك مملوق اسلام. بڬيندا صلى الله عليه وسلم ممبوات چوڤ درڤد ڤراق . دڠن ڽ بڬيندا مڠاخيري سورت ڽ. چوڤ ترسبوت تروليس محمد رسوللوله . بڬيندا صلى الله عليه وسلم مڠهانتر دهيه الكلبي اونتوق ممباوا سورت ڽ كڤد قاعيسىر راج روم. بڬيندا صلى الله عليه وسلم مڽوروهڽ سوڤاي مڽراهكن سورت ترسبوت كڤد راج بوسرا اونتوق د سمڤأيكن كڤدقاعيسىر

سورت كڤد قاعيسىر﴿28﴾

سورت ترايبوت بربوڽي . دڠن نام الله يڠ مها ڤموره دان لاڬي مها مڠاسيهاني. درڤد محمد بن عبدالله كڤد هيرچوليس سلام سجهترا كڤد مريك يڠ مڠيكوت ڤرتونجوق. سسوڠڬوهڽ اكو مڽرو كامي دڠن سروان اسلام. انوتيله اسلام، كامو اكن سلامت . الله اكن ممبري دوا ڤاهلا كڤد كامو. سكيراڽ كامو منولقڽ كامو مميكول دوسا ڤارا ڤلادڠ. كاتاكنله ﴿واهاي محمد﴾ “واهاي اهلي كتاب، ماريله كڤد ساتو كلمة يڠ سام انتارا كامي دڠن كامو، ايايت كيت سموا تيدق مڽمبه سلاين الله . كمودين جك مريك ﴿اهلي كتاب ايت﴾ برڤاليڠ ﴿اڠڬن﴾ مك كاتاكنله كڤد مريك . “سقسيكنله كامو بهاوا سسوڠڬوهڽ كامي اداله اورڠ اسلام ﴿مقصود اعلي عمران 64﴾

﴿28﴾ قاعيسىر اياله ڬلرن يڠ دبريكن كڤد راج-راج روم


ARTICLE SEBELUM INI