Wanita Australia terperangkap
TEL AVIV – Seorang wanita Australia yang menjadi tumpuan berikutan skandal pembunuhan komander Hamas, Mahmoud al-Mabhouh, kini berada dalam ketakutan dan mendakwa kerajaan persekutuan Australia tidak mengambil tahu mengenai keadaannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Mahmoud ditemui mati dibunuh pada 20 Januari lalu dalam sebuah bilik hotel mewah di Dubai.
Pembunuhannya diyakini oleh polis Dubai didalangi agensi perisikan Israel, Mossad.
Satu skuad pembunuh yang kini disenaraikan oleh polis Dubai seramai 26 suspek didapati menggunakan pasport palsu Britain, Ireland, Perancis dan Australia.
Wanita itu, Nicole McCabe yang sedang mengandung enam bulan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Tsahi Look terjerumus ke dalam situasi itu kerana salah seorang pembunuh telah menggunakan pasportnya.
“Itulah (pasport) antara perkara pertama yang kami periksa,” kata Look.
Namun, wujud versi lain mengenai dokumen tersebut yang ada di tangan pembunuh terlatih itu. Semuanya sama kecuali wajah dan tandatangan.
Dia tidak tahu bagaimana identitinya telah dicuri dan digunakan dalam pembunuhan tersebut.
“Jelas ia bukan gambar saya. Saya sangat takut, tidak dapat tidur dan menggeletar.
Saya bimbangkan kesihatan diri dan bayi,” kata McCabe yang berusia 27 tahun semasa ditemui di rumahnya di Tel Aviv.
Pasangan itu juga mendedahkan bahawa mereka tidak dihubungi oleh Kedutaan Australia di Israel atau sesiapa daripada kerajaan Australia.
“Saya tidak faham kenapa tiada siapa yang ingin menghulurkan bantuan,” tambahnya lagi.
McCabe yang tinggal di Israel selama dua tahun setengah tidak pernah pergi ke Dubai dan kini mungkin tidak akan ke sana.
Malah, dia tidak tahu sama ada boleh ke luar negara tanpa mendapat perhatian pihak berkuasa.
Dia sedang memandu apabila berita di radio melaporkan tiga warga Australia dikaitkan dengan insiden pembunuhan di Dubai itu.
|
|
Kemudian, McCabe terdengar namanya disebut.
“Saya telah mengikuti berita ini sejak dua minggu lalu dan kasihan kepada semua yang terlibat.
“Kelmarin, tiba giliran saya dan saya berasa amat terkejut. Saya tidak kenal mereka.
“Saya terbaca bahawa saya dan seorang lelaki bernama Adam Korman terlibat sama.
“Pada hal, saya tidak pernah tahu mengenainya,” katanya.
Dia merujuk kepada seorang lelaki kelahiran Australia, Adam Korman yang identitinya juga telah dicuri.
Bimbangkan keselamatannya, Korman duduk di dalam bilik bawah tanah.
Tiada siapa yang mengetuk pintu rumah pangsapuri lelaki itu yang bekerja sebagai pembaik pulih alat muzik.
Jiran-jirannya ketawa dengan teori bahawa Korman mungkin sebahagian daripada anggota agensi perisikan Israel.
“Mustahil dia bekerja dengan Mossad. Dia membaiki biola,” kata seorang jirannya.
Sebelum ini, isteri Korman ada memberitahu media tempatan:
“Kami sangat terkejut dan tidak tahu apa yang patut dibuat. Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan.”
Keluarga warga Australia yang turut dikaitkan dengan plot pembunuhan itu, Joshua Bruce tidak terkecuali melahirkan rasa bimbang atas keselamatan dirinya.
Sumber
No comments:
Post a Comment