Followers

Wednesday, May 12, 2010

Seks bebas: Air mani bertaburan di taman-taman


AKIBAT HUKUM ISLAM TIDAK DI DAULATKAN


Maka terjadilah
Perkara sebegini


Gejala maksiat di kalangan remaja perempuan dan lelaki yang membabitkan penuntut-penuntut beragama Islam di beberapa buah sekolah menengah daerah Sandakan, termasuk orang dewasa semakin meruncing.

Perbuatan mereka ini bukan sekadar menjatuhkan maruah dan martabat Islam, bahkan telah mencemarkan nama baik kesucian Agama Islam.

Terdapat beberapa taman peranginan yang telah dikenal pasti dan dicap sebagai tumpuan sarang maksiat tempat mereka melakukan zina dan sebagainya dengan pasangan masing-masing di siang hari mahupun sebelah malam.

Antaranya ialah Taman Chong Thien Vun Bukit Bendera, Taman Peranginan Indah Jaya, Taman Grand View, Taman Tun Razak, Tembok Jalan Pantai termasuk Taman Tangga Seribu,” kata Hj Awang Japar @ Omar Naib Ketua Bahagian USIA Sandakan.

“Yang menghairankan, kenapa para ibubapa mereka begitu mudah melepaskan anak-anak gadis mereka bekeliaran pada siang dan malam hari tanpa rasa bimbang kalau anak-anak gadis mereka diapa-apakan seperti dirogol dan diperkosa oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab,” kata Hj Awang yang kecewa dengan sikap ibu bapa yang gagal mendidik anak mereka sehingga terjemak dengan amalan yang kurang sihat.



Kata Haji Awang, beliau malu dengan bangsa lain yang tidak seagama dengannya, sewaktu mereka melakukan perkara yang tidak senonoh secara terang-terang tanpa berselindung bercumbu-cumbuan di khalayak ramai seperti yang terdapat di tembok Jalan Pantai sekarang ini.



“Boleh dikatakan saban petang dan saban malam mereka tidak lagi mengenal mahgrib mahupun malam jumaat mereka melakukan maksiat dengan sewenang-wenangnya sahaja tanpa rasa segan silu dengan perpakaian menutup aurat bertudung kepala pula tetapi perangai masha Allah, Nahuzubllah Minzalik,” ujar Hj Awang lagi.

Sesiapa sahaja tidak dapat menafikan sambung Hj Awang kerana Daerah Sandakan kini seolah-olah seperti negara barat terutama apabila anak-anak gadis remaja berpakaian menjolok mata, dedah sana, dedah sini sehingga mengghairahkan lelaki apabila melihat cara mereka berpakaian itu.

Sebagai hamba Allah dan umat Islam, Haji Awang saya mengecam dan mengutuk perbuatan di kalangan remaja Islam yang telah mencemarkan nama baik dan kesucian Agamah Islam

Kata Hj Awang lagi, adalah mustahil pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan tidak mengetahui langsung atau sengaja membuta tuli tentang hal ini, sedangkan salah satu tempat dan lubuk terbesar di mana tempat para remaja melakukan maksiat terang-terang di hadapan mata iaitu di tembok sepanjang jalan pantai, dan termasuk di lorong-lorong belakang bangunan Gentingmas Mall di pusat bandar ini. - Baca selanjutnya

1 comment:

SEVENTH FLEET said...

1. Ini semua berlaku kerana ISLAM dibawah perintah SYAITAN IBLIS BN Umngok..Jabatan Agama Islam Daerah di bawah perintah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia..

2. Lelaki dalam BN Umngok yang perangai SYAITAN tak mahu...undang undang ISLAM dilaksanakan..nanti TANGAN KAKI dan KEMALUAN mereka habis kena POTONG..kononnya..

ARTICLE SEBELUM INI