Followers

Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

Saturday, February 13, 2010

ANAK KU KEKASIH KU


JOHOR BAHRU: ‘Anakku kekasihku’ adalah istilah tepat bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak gadisnya yang berusia 17 tahun sehingga sanggup tidur sekatil setiap malam sejak dua tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu turut menjadi tempat bapa kandungnya melampiaskan nafsu apabila lelaki berusia 44 tahun itu sering meraba tubuhnya, termasuk bahagian sulit, ketika menemaninya tidur pada waktu malam.


Peliknya, perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu diketahui isterinya, namun wanita itu lebih rela merahsiakan perbuatan terkutuk suaminya untuk mengelak menjadi bualan jiran.


Difahamkan, kejadian bermula sejak 2008 ketika mangsa baru mencecah usia 15 tahun apabila dia dipaksa tidur sebilik bersama bapanya di rumah mereka di Taman Perling, di sini.


Biarpun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa akur dan merelakan diperlakukan sedemikian dengan melayan permintaan gila bapa kandungnya kerana bimbang berlaku kekecohan yang akan mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.


Walaupun pernah merancang mendedahkan perbuatan melampau bapanya dengan membuat laporan polis, mangsa yang masih bersekolah terpaksa membatalkan hasratnya berikutan bimbang si bapa dicekup polis yang akan menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.

Baca lagi




CIKGU CINTAI MURID KAUM SEJENIS



KUALA LUMPUR: Ketagih cinta sejenis, seorang guru wanita dikatakan sanggup menghabiskan wang hampir RM100,000 sejak tiga tahun lalu semata-mata untuk membeli jiwa seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Cheras di sini.

Malah, guru terbabit yang berang kerana cubaannya memikat pelajar itu diketahui bapa gadis berkenaan sanggup menghantar SMS memaki-hamun lelaki itu selain mengugut supaya tidak melaporkan perbuatannya kepada pihak sekolah.

Namun, kerana tidak mahu anak gadisnya terganggu dengan kelakuan guru terbabit, bapa berusia 40-an itu nekad membuat laporan polis, Isnin lalu.

Menurut sumber, bapa pelajar berkenaan mula mendapat tahu hubungan anaknya dengan guru terbabit selepas pelajar perempuan itu memaklumkan perkenalan mereka bermula pada 2007 selepas guru yang didakwa berperwatakan seperti pengkid itu sering mengganggunya.

Baca lagi

Saturday, February 6, 2010

Gadis Urut Pun ada Pembantu Peribadi



PEGAWAI penguat kuasa JAIS dan MPK menyoal siasat dua gadis urut di sebuah pusat urut di Klang, kelmarin.


KLANG - "Awak tidak boleh tahan dan bawa saya pergi, awak kena tunggu dahulu PA (pembantu peribadi) saya."

Itulah kata-kata seorang gadis urut tempatan beragama Islam kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika dia ditahan dalam operasi mengejut Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sebuah pusat urut di Bukit Tinggi di sini kelmarin.

Alasan itu membuatkan anggota penguat kuasa tertawa seketika kerana kebiasaan hanya orang kenamaan (VIP) yang mempunyai PA dan tidak pernah pula terdengar gadis urut juga menggunakan khidmat tersebut.

Dalam serbuan itu, dia ditahan bersama seorang lagi rakannya ketika mengurut seorang lelaki bukan Islam di dalam sebuah ruang khas yang ditutup dengan kain langsir.


Sumber





ARTICLE SEBELUM INI