Followers

Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

DIN BERAMBOI MENINGGAL



DIN BERAMBOI


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.

“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.

Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

Sumber daripada: BH




Sunday, March 21, 2010

Sofia: Jangan persoal pegangan agama kerana gambar anjing

Anjing itu buat apa tu... macam gigit tangan aje

Artis seharusnya menjadi model yang terbaik, kepada remaja-remaja masa kini. Umum nya orang melayu di malaysia sangat fobia dengan anjing, tapi berbeza dengan keadaaan Sharifah Sofia.

Berikut adalah komen artis tersebut berkenaan gambar beliau dengan 2 ekor anjing tersebut

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Artis kacukan Inggeris, Arab dan Melayu, Sharifah Sofia Syed Hussein yang menjadi tumpuan isu ekoran tersebarnya gambar dia bermesra dengan dua ekor anjing milik rakannya merayu orang ramai khususnya peminatnya tidak “pandang rendah” pegangan agamanya.

“Sudah pasti tahu. Kena samak. Janganlah pandang rendah dengan ilmu agama Sofia.

“Sofia tahu batas-batas dalam agama. Air liur anjing itu haram.

“Kita tidak boleh memegang anjing dalam keadaan basah. Kalau ada perkara yang Sofia tidak tahu, pasti Sofia bertanya orang yang lebih tahu,” kata beliau dipetik Mingguan Malaysian.

Sehubungan itu, Sofia menyedari yang dia bukan insan yang sempurna, ada kecacatan dan kekurangan.

Baca lagi


Sunday, February 28, 2010

REBUT JENAZAH LAH PULAK!

BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu.

KUALA KUBU BHARU: Perkarangan bilik mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, gempar apabila puluhan ahli keluarga teman lelaki kepada ibu mangsa dilihat menimbulkan kekecohan kerana mempertikaikan hak tuntutan jenazah kanak-kanak malang itu.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran lebih 20 minit antara keluarga Syafia dan keluarga teman lelaki ibu mangsa.


Namun, dengan kerjasama pihak berkuasa dan pihak pengurusan hospital, pertikaian itu dapat dileraikan secara aman.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, puluhan ahli keluarga teman lelaki mangsa dikatakan berkumpul di perkarangan bilik mayat hospital itu sejak jam 8 pagi.


Mereka dikatakan bukan saja menanti keputusan bedah siasat, malah cuba mendapatkan hak menguruskan pengebumian Syafia sehingga tercetusnya kekecohan itu.

Difahamkan, bedah siasat terhadap punca kematian Syafia dilakukan sejak jam 3 petang kelmarin dan disambungkan pagi ini (semalam) sehingga jam 11 pagi.


Datuk mangsa, Aziz Sahar, 50, berkata tindakan mereka adalah keterlaluan dan tidak patut berlaku.


“Dia (Syafia) adalah cucu saya dan kami sekeluarga adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan majlis pengebumiannya.


“Malah, jika difikirkan secara logik pun mereka tidak patut masuk campur dalam urusan ini. Lagipun suspek adalah punca kepada kematian Syafia,” katanya.


Aziz berkata, keluarganya tidak menghalang keluarga teman lelaki kepada Siti Nurhanim hadir pada hari pengebumian itu, namun mereka tidak perlu masuk campur dalam urusan itu


Sumber

Tuesday, February 2, 2010

Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri


lsham@kosmo.com.my

Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu.


MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.

Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.

Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.

Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.

"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

pS- Ini baru betul selalu kita dengar suami dera isteri. Apa nak jadi dunia sekarang wallahua'alam

Sumber: Kosmo online


Sunday, January 24, 2010

Kisah Anak Derhaka

Kisah si anak derhaka

Jenayah anak terhadap ibu bapa mesti dibendung.


HATI Tumi remuk apabila anak tunggalnya enggan mengakuinya sebagai ibu.


“SELEPAS kedua-dua kaki saya dipotong, bukan kata-kata semangat yang saya terima. Sebaliknya, setiap hari saya dicemuh dan dihina kerana menyusahkan mereka.

“Isteri dan anak-anak menganggap saya sebagai beban apatah lagi apabila saya kerap minta bantuan mereka untuk bergerak atau menguruskan diri.

“Kadang-kadang, kewujudan saya di rumah seperti tidak dipedulikan. Saya menjadi penagih simpati daripada isteri dan anak-anak sedangkan selama ini tulang empat kerat ini yang memberi mereka makan,” luah Othman Ismail, 70.

Hidup pesara kerajaan ini dahulunya meriah dengan gelak tawa isteri dan dua pasang cahaya mata.

Walaupun tanpa kemewahan yang melimpah ruah, ia cukup membuatkan hatinya bahagia apabila anak-anaknya berjaya, malah ada yang melangkahkan kaki ke universiti.


Baca selanajutnya


Saturday, January 2, 2010

Nenek lapan cucu dicekup khalwat



SEORANG lelaki gagal sembunyikan diri ketika diserbu pegawai Jaip di Kuantan, semalam.

Pasangan mengaku lakukan seks di hotel

KUANTAN: Seorang nenek lapan cucu berusia 54 tahun antara 58 orang ditahan kerana melakukan kesalahan syariah dalam Ops Insaf Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sekitar ibu negeri, awal pagi semalam.

Nenek yang beralamat di Kampung Kurnia, Kuantan ditahan bersama pasangannya, seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki berkhalwat di hotel murah pada jam 7.20 pagi(Baca lagi disini)

Ayid>> Alahai nenek, dah 8 cucu pun nak khalwat lagi. Bela aje lah cucu tu.Apa nak cari lagi.



ARTICLE SEBELUM INI