
Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, kata dua kakitangannya, bagi menyuraikan peserta perarakan BERSIH semalam.
 Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans
Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulansberkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali.
Tambahnya  tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital, tetapi  terkena bangunan yang terletak dalam kawasan  hospital berkenaan.
Seorang  lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula  melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang  berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang  terletak di sebelah bangunan utama.
Anggota polis  kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat tangkapan, dan  ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil bersebelahan  Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap, katanya ketika  ditemubual Malaysiakini.
polis nafi
Ketua  Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur  Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas  pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital. Bagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada
Bagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada
orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital tersebut.
Kakitangan  Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit  Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut.
Katanya  merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana  mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai  yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut. Katanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi
Katanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi
mereka berkelakuan baik tanpa membuat bising atau merosakkan apa-apa.
"Berlaku  beberapa keadaan huru-hara apabila pihak polis mula melepaskan tembakan  gas pemedih mata. Mereka bersembunyi di dalam hospital, dan menunggu  diam-diam sehingga gas tersebut hilang," tambahnya.
Salah  seorang pemandu ambulans hospital itu juga berkata orang ramai  berkelakuan baik di hadapan hospital itu, tetapi ramai yang bergegas ke  tandas untuk mencuci muka mereka untuk mengurangkan kesakitan terkena  gas pemedih mata.
Katanya, hospital tidak mengalami apa-apa kerugian dan insiden itu juga tidak menjejaskan pesakit di situ.
 
 
 
1 comment:
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment