Followers

Friday, January 8, 2010

Pasangan ditangkap khalwat mengaku pernah sertai pesta seks


KULIM - Kekasih berusia 22 dan 21 tahun ditangkap khalwat di Taman Angsana jam satu pagi semalam.

Ketua Penguat Kuasa, Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) Roslan Mat berkata, mereka menerima aduan dari penduduk taman itu mendakwa pasangan lelaki kerap membawa teman wanitanya pulang ke rumah apabila ketiadaan bapanya.

Menurutnya, lima anggota penguat kuasa diarahkan ke rumah yang disyaki dan sampai kira-kira pada jam 12.05 pagi.

Soal siasat mendapati pasangan perempuan berasal dari Kuala Nerang, Kedah dan bekerja bersama ibunya di kantin salah sebuah IPTA di Permatang Pauh manakala pasangan lelaki berasal dari Bukit Mertajam dan bekerja sebagai pembantu stor sebuah syarikat elektrik di sana.

“PADK mendapat aduan dari orang awam kira-kira jam 11 malam dan terpaksa menunggu lebih sepuluh minit sebelum pintu rumah dibuka.

“Ketika serbuan di buat bapa pasangan lelaki tidak ada di rumah kerana bekerja manakala ibunya meninggal dunia setahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, dari soal siasat mendapati pasangan ini pernah terlibat dengan pesta seks yang diadakan di salah sebuah pusat rekreasi di Bukit Merah dan ini bukan kali pertama mereka melakukan persetubuhan haram.

Kedua-dua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk membuat laporan dan dibebaskan dengan ikan jamin.

“Pasangan ini mengaku pernah terlibat dengan pesta seks di sebuah pusat rekreasi di Bukit Merah bersama tiga pasangan lain di mana mereka melakukan perbuatan itu bersama pasangan masing-masing di dalam bilik yang sama.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau setahun penjara,” katanya.
Sumber

No comments:

ARTICLE SEBELUM INI