Followers

Wednesday, April 7, 2010

APA PANDANGAN ANDA BAGI MASALAH PELAJAR DI MESIR



Gambar sekadar hiasan

Assalamua'laikum,Salam blogger
Kita lari sikit dari segala masaalah dlm negara,dan mengembara jauh ke bumi Mesir tapi masih lagi menyelami nasib dan permasaalahan pelajar-pelajar kita yang menuntut disana.

Pelbagai masaalah yang melanda mereka disana,dari masaalah keewangan sehinggalah masaalah moral juga melanda pelajar-pelajar jurusan agama disana.Untuk itu kita ikuti penceritaan yang dibuat oleh salah seorang pelajar malaysia yang menimba ilmu disana.Seorang yang saya panggil Ustaz Ehsan

Ihsan Al-Jauhary adalah penuntut tahun tiga kuliah usuluddin dan dakwah syukbah Aqidah & Falsafah Universiti Al-Azhar

Saya selalu mendengar ucapan dari penduduk-penduduk arab di sini tentang betapa berbudi bahasanya pelajar Islam di Mansurah hingga digelar “ahsan nas” (manusia terbaik).

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Pelajar Islam di Mansurah belasan tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul pelajar Islam di Mansurah belasan tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh.
Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sedikit demi sedikit nilai budi bahasa sopan santun pelajar Islam di Mansurah itu telah berubah.Perubahan ini muncul melalui beberapa permasalahan yang menimpa pelajar Islam di Mansurah. Permasalah tersebut sangat membimbangkan penulis.

1)PengaruhTeknologi
Permasalah pertama adalah kemasukkan teknologi terkini seperti telifon bimbit, komputer di setiap bilik, hingga ke tahap internet bagi setiap komputer yang menjurus kearah penyalahgunaannya telah mencipta konflik jati diri sebagai mahasiswa di bumi Mansurah ini.

Satu ketika dahulu setiap minggu pasti diadakan ziarah mahabbah dikalangan ahli samaada yang sudah berumah tangga mahupun yang bujang. Setiap petang pasti ahli akan berkumpul samaada untuk bertukar-tukar masalah serta perbincangan ilmiah dalam mengeratkan silaturrahim ataupun beriadhah di padang kuliah bagi meningkatkan kecergasan fizikal. Penghantaran iklan terus ke muka pintu setiap rumah dan bersemuka juga menyantuni ahli rumah tersebut.

Namun, kini semuanya berubah. Masing-masing sibuk dengan alam siber masing-masing, hingga iklan hanya disampaikan oleh ym tanpa bersuamuka dengan setiap penerima iklan. Perjumpaan sesama ahli hanya pada program-program mega sahaja. Kebanyakkan yang hadir adalah ahli yang aktif sahaja yang mana puratanya hanya 40% dari keseluruhan jumlah ahli di Mansurah.Pelajar Islam di Mansurah tidak lagi tinggal bersama ahli rumah dalam suasana kampung yang aman permai.

Tetapi kini setiap apa yang berlaku di dalam rumah atau bilik boleh diketahui oleh seluruh dunia samaada melalui laman facebook, friendster, tagged, blogspot ataupun yang sewaktu dengannya. Ini berlaku kerana kini mereka terdedah dengan Penyalahgunaan internet serta budaya-budaya asing yang menyerap masuk terus ke dalam jubah Al-Azhar melalui internet yang dipasang di setiap komputer dalam setiap bilik, kecanggihan telifon bimbit dalam setiap poket serta melalui cerita yang di’download’ juga kemudahan mengekses laman web antarabangsa yang amat menyukarkan unit HISBAH untuk memantau hingga ke dalam cakera keras setiap komputer juga memori kad setiap telifon binbit.

2)Pengaruh Rakan
Permasalah kedua pula apabila kemasukkan dan lambakan pelajar perubatan di Mansurah begitu mendadak.Dari pelajar jurusan islamiah yang berasaskan pembelajaran agama, pelajar Islam di Mansurah kini telah didatangi pelajar-pelajar perubatan sejak beberapa tahun yang lalu. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan pelajar Islam di Mansurah itu sendiri khususnya mahasiswa Al-Azhar.

Pembawakan masalah sosial oleh sebahagian besar pelajar perubatan telah menjangkiti pelajar pengajian agama (dan boleh dikatakan masalah HISBAH antara kedua-duanya sama naik).Justeru itu, kita tidak akan hairan apabila acapkali terdengar masalah HISBAH dikalangan pelajar perubatan beberapa tahun yang lalu telah menjangkiti pelajar-pelajar Al-Azhar. Hinggakan Mansurah menjadi buah mulut serta masalah terbesar kepada Badan Pengurus Pelajar bagi keseluruhan pelajar-pelajar yang berada di seluruh cawangan.

Baca lagi Isu Berkenaan kt sini: http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2010/03/selamat-datang-anak-anak-luar-nikah.html
3)Sistem Riba Dlm Ekonomi Mesir
Permasalahan ketiga pula adalah peralihan sistem ekonomi di mesir dan dunia yang mendadak turut menyumbang faktor yang besar bagi permasalahan ini. Peralihan ini bukan satu evolusi – sedikit demi sedikit.

Apabila kerajaan mesir membenarkan bank-bank di mesir mengeluarkan pinjaman kewangan kepada seluruh rakyatnya dengan faedah pada pembayaran balik yang tinggi menyebabkan mereka dihimpit hutang yang kian bertambah. Buktinya apabila setiap akyat meminjam untuk pembelian kereta mahupun perumahan, dengan hanya bayaran 50% bayaran pendahuluan telah membolehkan mereka mendapat kereta mahupun rumah. Maka baki yang 50% lagi jika dihitung hingga langsainya hutang tersebut menyamai nilai 100%. Jika dahulu mereka hanya perlu berbelanja 100% untuk mendapat kereta ataupun rumah, namun kini mereka terpaksa membayar 150% untuk barangan yang sama.

Hasilnya apabila ramai dari mereka dililit hutang maka meningkatlah kautan keuntungan dari setiap transaksi kewangan samaada melalui jual beli mahupun sewa menyewa. Dalam masa beberapa tahun sebelum ini Mansurah digelar kampung oleh sesetengah org berubah kepada sebuah bandar yang meningkat maju dari segi taraf hidup, kos sara hidup harian dan bulanan, kesibukkan serta tumpuan mendapatkan pekerjaan.

Dari suasana kampung yang aman permai, pelajar Islam di Mansurah telah dilambakkan kepada kota dan pekan yang hiruk-piruk dan penuh dengan persaingan.Peralihan sistem kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain.
Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah di sini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada pelajar Islam di Mansurah.Dalam masa satu jenerasi pelajar Islam (beberapa tahun lalu) telah berubah dari murah dalam perbelanjaan, kini kepada peningkatan nilai bagi setiap barangan yang diperlukan untuk keperluan harian.

Ekonomi nilai mata wang yang diperkenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru.Pelajar Islam di Mansurah kini berhadapan dengan gelombang pasang surut ekonomi kapitalis dunia.

Nilai mata wang yang tidak menentu serta kejatuhan ringgit dari nilai 2.0 kepada 1.5-1.6 amat memeritkan setiap mahasiswa yang hanya dibekalkan dengan belanja yang rendah tanpa bantuan khusus dari kerajaan Malaysia. Bukan 100% mahasiswa menerima wang zakat yang diperuntukkan oleh setiap negeri yang menjadi mukim bagi setiap mahasiswa tersebut. Malahan jumlah yang diperolehi oleh pelajar-pelajar berbeza mengikut negeri.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ia juga melahirkan kekacauan jati diri.

Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat sendiri dalam kehidupan kita di Mansurah ini. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi, maka apa yang kita baca dari paparan blog-blog peribadi mahupun perbualan serta pergaulan harian adalah manifestasi dari kekacauan ini.

Pimpinan Pelajar Di Sana Juga Di Kuasai Tangan-tangan Ghaib?
Apa yang dipanggil masalah sosial yang meningkat mendadak itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai pelajar Islam di Mansurah.Permasalahan dalaman dalam persatuan turut menyumbang ke arah penyukaran pembasmian masalah ini. Jika dahulu pimpinan sangat rapat dengan ahli namun kini tidak lagi. Hingakan ada ahli-ahli yang memboikot persatuan bukan kerana persatuan itu tidak betul, tetapi kerana ada beberapa individu dalam persatuan yang kurang disenangi oleh sebahagian ahli.

Kelayakkan mereka memegang jawatan dalam pimpinan menjadi pertikaian sebahagian ahli kerana seakan-akan ada ‘tangan ghaib’ yang mencaturkan kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya. (Jika ada yang ingin membantah kenyataan ini dan ingin mengambil tindakan hingga menggugurkan aljauhary dari persatuan, aljauhary menerima dengan hati terbuka).

Persatuan kini dilihat seakan-akan milik beberapa individu sedangkan ianya adalah semua ahli. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok.
Kerana ini kita lihat pelajar Islam di Mansurah ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling.
Zaman hidup aman damai tanpa ganguan wang ringgit dan social yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampung yang penuh dengan berbudi bahasa kini mengalami peralihan.Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan pound mesir.
Hasil pertembungan ini, sedikit demi sedikit nilai budi murni pelajar Islam di Mansurah terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampung lupus.
Kuasa ringgit dan pound mesir cukup ampuh. Kuasa pound mesir telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh rakyat mesir di Mansurah hingga memberi tekanan yang maksimum kepada pelajar Islam di Mansurah dari sudut kewangan. Nilai ini mewajibkan pelajar Islam di Mansurah berlumba dan bersaing serta membayar dengan bayaran yang tinggi.
Pelajar Islam di Mansurah diasak dengan kesempitan kewangan kerana kejatuhan nilai mata wang ringgit. Jika dahulu RM1 bersamaan LE$2 namun kini jatuh serendah LE$1.5 dan sekitarnya. Walaupun sejak akhir-akhir ini dilihat pertukaran mata wang semakin meningkat namun ianya sukar untuk melepasi kadar LE$1.7.
Peningkatan yuran kuliah juga memberi kesan pada kewangan pelajar. Jika dahulu yuran kuliah hanya LE$0.75sen sahaja, namun kini meningkat kepada lebih LE$75 (lebih 10kali ganda peningkatan tersebut). Buku-buku pengajian serta buku tambahan dalam pengajian serta peralatan pengajian turut meningkat dengan mendadak. Nilai sewaan rumah turut menigkat dari bulan ke bulan kerana permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi pelajar perubatan mampu menyewa rumah dengan sewaan yang tinggi. Ditambah pula apabila Mansurah menjadi tumpuan warga Mesir dari seluruh pelusuk kampung membanjiri Mansurah dalam meningkatkan persaingan mencari tempat tinggal.

Selama beberapa tahun ini, proses pembudayaan pelajar Islam di Mansurah cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh persatuan kurang memberangsangkan.Kekacauan nilai pelajar Islam di Mansurah ini bertambah parah apabila pimpinan pelajar tiada kemahiran yang jitu dalam mendengar permasalahan ahli, pendekatan serta penyantunan terhadap ahli dilihat amat lemah. Apa yang ahli dapat adalah cemuhan dari pimpinan mengatakan ahli yang bersalah dalam kebanyakkan hal. Program-program muhasabah dilihat hanya untuk mencukupkan syarat berpersatuan.

Setiap isu yang melanda tidak dapat ditangani secara berkesan dan segera hingga berlarutan kepada pertukaran pucuk pimpinan baru. Pimpinan lebih suka mendiamkan diri terhadap isu-isu yang melanda berbanding berhadapan dengan ahli bagi menjelaskan dan menyelesaikan masalah tersebut.

Wala' Pada Pemimin
Justeru hari ini kita melihat ramainya ahli memberontak dan ketidak-puasan hati mereka terhadap persatuan semakin ketara. Bila diaju persoalan ini kepada pimpinan mengapa boleh jadi sampai macam ini, maka jawapan yang akan diberikan adalah “Ini semua silap ahli” “Ahli perlu tunduk dan patuh pada persatuan walau apa jua keadaan” “Ahli perlu menegur pimpinan dengan jalan yang betul” (walaupun ada sebahagian pimpinan menggunakan hak ahli dalam menyampaikan kepentingan dan pandangan peribadi semata-mata).
Hakikatnya nilai jati diri pelajar Islam di Mansurah hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa dan tulus ikhlas semakin berkurangan. Menghormati serta mengenali abang-abang serta kakak-kakak yang lebih tua kian terhakis dalam minda pelajar baru.

Pada awal tahun 2010 ini krisis jati diri pelajar Islam di Mansurah telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Pelajar Islam di Mansurah pada tahun 2010 ini sedang diuji sama ada dalam masalah sosial bersama pelajar perubatan (sama naik) atau masalah penyalahguanaan internet atau masalah kewangan yang semakin menakutkan.

Di kemuncak persimpangan ini, semua pelajar Islam di Mansurah (lama dan baru) wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri termasuk aljauhary sendiri.
Di akhir artikel ini jiwa halus pelajar Islam di Mansurah akan bertanya sendiri apakah maksud dan tujuan artikel ini dipaparkan oleh aljauhary?.Jawapan bagi setiap permasalahan di atas ada dalam Al-quran, Hadis-hadis nabi, kitab-kitab kuliah, kitab-kitab muktabar, majlis-majlis ilmu seperti kelas tafaquh, usrah dan study group.

Saya menyeru kepada seluruh pembaca, marilah kita sama-sama hidupkan dalam diri kita roh Al-quran juga Hadis serta tanamkan kecintaan kita terhadap majlis-majlis ilmu tidak lupa juga rajin membaca setiap bahan ilmiah samaada kitab kuliah mahupun kitab muktabar lain serta perbanyakkan perbincangan sesama kita dan berlapang dada mendengar serta menerima teguran sahabat-sahabat lain.
Artikel ini adalah untuk menimbulkan kesedaran semua ahli. Namun jika ada yang tidak berpuas hati dengan artikel ini boleh sampaikan terus dalam ruang yang disediakan. Jika artikel ini telah menyalahi qarar (undang-undang tubuh persatuan dan etika penyampaian), aljauhary bersedia untuk menerima hukuman. Jika hukumannya agar menarik-balik artikel ini, yang itu tidak sama sekali. Dan jika ada yang ingin membantah fakta-fakta yang dinyatakan, sangat-sangat dialu-alukan.
Sekian, wassalam..
http://aljauhary.blogspot.com/2010/04/mahasiswa-islam-dengan-jati-diri.html

Kredit to Ijoks


1 comment:

baginda® said...

ini ke depa blajar kat sane? ishishish

ARTICLE SEBELUM INI