Followers

Saturday, April 3, 2010

PENANGAN AMAH MANJA


RAWANG: Penangan amah manja bukan saja membuatkan seorang lelaki cair hingga rela melepaskan isterinya, malah sanggup melangsungkan perkahwinan di kampung halaman warga Indonesia itu di Karhwang, Jawa Timur.

pix_middle

“Saya mempunyai isteri dan dua anak lelaki berusia 17 dan 20 tahun. Isteri tidak merelakan perkahwinan saya dengan amah itu hingga masalah kami dibawa ke Mahkamah Syariah di Ipoh.


“Belum pun selesai tuntutan fasakh bekas isteri yang dilakukan beberapa bulan lalu, saya ditinggalkan isteri baru,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Metro Ahad.


Saiful mengakui ketika masih bergelar suami, dia menjalin hubungan cinta secara senyap dengan amah berkenaan dan apabila perasaan cinta tidak boleh dibendung lagi, dia mengambil keputusan melamarnya dengan berkunjung ke Indonesia untuk bertemu ibunya.


“Dia gadis baik, manja dan pandai mengambil hati. Saya terpikat dengan kelembutan tutur kata yang lebih istimewa daripada isteri.

“Tindakan sentuhan kasih sayang yang diberi dalam senyap itu menyebabkan saya sanggup berbuat apa saja mengikut hatinya. Saya lebur dan cair dengan mainan perasaan gadis berketurunan Sunda itu yang berada di sini lebih lima tahun,” katanya.


Saiful yang mengakui sanggup ‘memungut’ Ely yang mendakwa melarikan diri daripada seorang majikan kejam berkata, dia melangsungkan perkahwinan di kampung halaman amah itu di Karhwang pada 29 Januari 2003 dengan perbelanjaan lebih RM5,000.


Bagaimanapun, pada 13 Februari lalu, Saiful ditinggalkan dengan alasan Elly mahu keluar daripada ‘sangkar kemiskinan’.


Walaupun ditatang penuh kasih sayang, Elly tergamak melakukan tindakan berani meninggalkannya kerana mahu mencari pendapatan tambahan menyara ibunya dan enam adik-beradik di Indonesia.


“Sebelum lari dari rumah kami di Kampung Setia di Kuang, dia sering mengeluh tidak cukup wang dan mahu melakukan kerja lain seperti pembantu rumah.


“Petang hari kejadian, saya mendapati dia tidak muncul apabila dijemput pulang daripada kerja tukang cuci di pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sungai Dua, Rawang walaupun saya menunggu lebih tiga jam.


“Saya kemudian mendapat kiriman SMS daripada Elly menyatakan tidak perlu mencarinya lagi dan dia bekerja dengan orang tempatan di negara ini. Namun lokasi dan apa pekerjaan dilakukan tidak dinyatakan,” katanya.

Tanpa berselindung, Saiful turut mengakui Elly pernah ‘buat hal’ apabila melarikan diri pada awal tahun lalu dan pulang semula pada September.


Bagaimanapun, kerana perasaan sayang menebal, Saiful masih setia menerimanya.


“Saya faham perasaannya yang sering bertindak sendiri tanpa mengambil kira status seorang isteri dan ibu kepada anaknya. Walaupun saya memberinya RM200 sebulan, dia tetap mahu mencari kerja sampingan bagi menyara keluarga di Indonesia.


“Bagaikan tidak memahami tanggungjawab sebagai isteri, dia keras kepala suka melakukan kerja dengan keluar rumah bersendirian. Saya bimbang dia terperangkap dan menjadi hamba kepada majikan.


“Dia juga sering berbohong dengan memburukkan saya yang didakwa gagal memberi kebahagiaan kepadanya yang memilih penduduk tempatan ini (Saiful) sebagai pasangan hidup,” katanya yang mendakwa Elly menjalin hubungan dengan seorang pekerja Indonesia apabila kerap menyebut nama lelaki itu serta menyimpan gambarnya dalam beg duit.


Elly juga didakwa memberi alasan berhutang RM2,000 dengan majikan tempat kerja asal ketika bekerja sebagai pembantu rumah dan dengan kakak angkatnya, seorang warga Indonesia, di Ipoh, Perak.


Atas faktor itu juga, kata Saiful, Elly mengambil tindakan keluar dari rumah untuk membayar hutang itu.


“Saya yakin dia tidak akan bertahan lama di sesuatu tempat kerja berdasarkan pengalaman lalu. Apapun yang berlaku, saya tidak akan berpisah dengannya. Kasih sayang saya tidak berbelah bahagi hanya kepadanya seorang,” katanya.


Hasil perkahwinannya dengan amah manja itu, mereka dikurniakan seorang anak, Nor Shafiqah, 6, yang kini turut berkongsi penderitaan apabila sering merengek menyebut nama ibunya setiap hari.


“Saya masih sayangkan dia. Pulanglah ke rumah segera.... kasihanlah anak yang masih kecil ini. Saya sanggup korbankan cinta isteri pertama melalui fasakh di mahkamah syariah demi menumpahkan cinta suci terhadapnya.


“Justeru, saya merayu kepada majikannya supaya memberi maklumat tempat dia berada. Saya sanggup tebus dia dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan, asalkan mereka memulangkan isteri kesayangan,” katanya.


Saiful juga tidak menolak kemungkinan Elly menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.


Namun dia tetap pasrah kepada takdir Allah dan sedia menerima Ely semula seikhlas hati.


Dia juga membuat laporan polis di Balai Polis Rawang pada 30 Mac lalu selepas isterinya gagal pulang ke rumah lebih sebulan lalu.


Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Elly boleh menghubungi Saiful di talian 019-2053407

Sumber

No comments:

ARTICLE SEBELUM INI