Followers

Friday, October 30, 2009

PENGERTIAN SAHABAT SYAITAN



Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra' ayat 26-27 yang bermaksud : " Berikanlah kepada sahabat karib hak mereka dan kepada orang miskin dan musafir hak mereka dan janganlah engkau membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya". Umum mengetahui bahawa membazir itu adalah makan yang tidak habis dimakan atau barang-barang yang tidak digunakan sehingga ia menjadi rosak tanpa dimanfaatkan. Adapun membazir menurut perspektif Islam adalah lebih dari itu. Perkara-perkara yang akan disebutkan di bawah ini termasuk dalam pengertian pembaziran menurut pandangan Islam.:


1. Termasuk dalam istilah membazir itu ialah orang yang membelanjakan keseluruhan apa yang ada padanya sehingga ia terpaksa meminta-minta dengan orang lain kecuali sahabat Rasulullah yang telah mencapai darjat yang tinggi dalam keimanan seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang membelanjakan keseluruhan harta beliau fi sabilillah, begitu juga Saidina Umar al-Khatab yang membelanjakan separuh dari hartanya fi sabilillah.


2. Termasuk dalam istilah membazir juga ialah orang yang membeli barang-barang yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti alat muzik, arak, makan yang haram, pakaian yang mendedahkan aurat, cincin emas dan pakaian sutera bagi lelaki dan sebagainya.


3. Termasuk dalam istilah membazir juga ialah membelanjakan harta pada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti berjudi, berzina, menolong orang yang zalim, rasuah, memberi pertolongan kepada parti yang tidak ingin menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.


4. Termasuk dalam istilah membazir juga ialah membelanjakan harta kepada kawan-kawan yang menggunakan harta tersebut pada perkara yang melalaikan seperti pergi ke disco dan sebagainya.

5. Termasuk dalam istilah membazir ialah makan dan minum atau berpakaian lebih daripada keperluan biasa atau melampaui batas seperti makan nasi sebanyak 5 pinggan.

Ayid> Sama-sama kita renungkan sejenak,bagi diri kita kaum keluarga kita, shabat andai kita adakah kita telah terhindar dari perkara di atas. Fikir dan ingat?

Hasil tulisan Saidi


2 comments:

Anti Zambry said...

lawa la gambar tu hahhahaa .... rokok sebatang

Ayid said...

Terima kasih bagi komen. Komen yang bernama umpama surat bertanda tangan. Komen tak bernama umpama surat layang. Terima kasih sekali lagi

ARTICLE SEBELUM INI