Followers

Saturday, October 24, 2009

RANCANGAN BUAL BICARA SEKS; WARTAWAN WANITA DIHUKUM 60 SEBATAN

RIYADH 25 Okt. – Mahkamah Arab Saudi hari ini menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 60 kali terhadap seorang wartawan wanita kerana terlibat dalam rancangan televisyen bual bicara seks di khalayak ramai di negara ini.


Rozanna al-Yami dipercayai menjadi wartawan wanita pertama di Arab Saudi dijatuhi hukuman tersebut kerana terlibat dalam penyediaan program itu serta mempromosikannya di Internet.


Dalam program yang disiarkan oleh siaran satelit Labanon, Mazen Abdul Jawad mengejutkan rakyat negara ini apabila menceritakan kehidupan skandal seksnya yang aktif.


Awal bulan ini, Mazen telah dijatuhkan hukuman lima tahun penjara dan sebat sebanyak 1,000 kali oleh mahkamah yang sama. – AP

Ayid>>> Kat Malaysia dan confirm minum arak, dah jatuh hukuman masih lagi berdolak dalih

No comments:



ARTICLE SEBELUM INI