Followers

Tuesday, February 2, 2010

Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri


lsham@kosmo.com.my

Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu.


MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.

Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.

Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.

Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.

"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

pS- Ini baru betul selalu kita dengar suami dera isteri. Apa nak jadi dunia sekarang wallahua'alam

Sumber: Kosmo online


2 comments:

majid said...

huhu..aku pelik lah kes kali nie..cm tak percaye je..kalau korang pikir secara logik akal manusia..mungkin ke berlaku kes macam nie..memang pun logik tapi aku tengok badan lelaki nie gagah je..lebih besar dari badan aku..aku bukan tak percaya tapi musykil je..aku rasa baik ketengahkn masalah suami pukul isteri..kalau korang tengok lagi dasyat-dasyat..patah tulang,patah gigi..yang nie baru lebam dan luka-luka je..lelaki di kurniakan akal lebih dari perempuan..kalau tak tolong pun..aku rasa bley setel kes nie..baik tolong isteri kena dera suami..tu lagi elok...aku lelaki

ijoks2009 said...

siapakah lelaki itu yang membiarkan dirinya didera oleh Isterinya sendiri dan anaknya yang berumur 10 tahun itu.
pelik bin ajaib ni.

ARTICLE SEBELUM INI